1. Saya sangat sukakan masyarakat Orang Asli dan suasana kehidupan di perkampungan mereka. Kehidupan mereka tenang dan membayangkan suasana kehidupan masyarakat Melayu dalam era sebelum kemerdekaan negara Malaysia. Pernah saya berkira-kira untuk tinggal bersama-sama mereka di dalam hutan, jauh daripada kebisingan dan kesesakan lalu lintas jalan raya, tekanan orang atasan dalam soal pekerjaan dan sikap mengejar kemajuan kebendaan.
2. Jika saya memilih untuk tinggal di perkampungan Orang Asli, mungkin saya akan bercucuk-tanam, membela haiwan ternakan dan masuk ke hutan dari masa ke semasa untuk memburu, memasang jerat dan memungut hasil hutan, dengan banyak perkara dan teknik perlu saya pelajari daripada Orang Asli yang sudi berkawan dengan saya.
3. Jika saya tinggal di sana dan mengamalkan ekonomi sara diri, saya tidak perlu lagi meneliti maklumat kandungan pada bungkusan barangan yang saya beli dari pasaraya atau kedai, samada mengandungi bahan-bahan yang meragukan seperti bahan kimia dengan awalan kod E.
4. Saya pernah bertanya kepada seorang Orang Asli kenapa mereka tidak mahu keluar dari hutan dan hidup bersama-sama masyarakat moden. Jawapannya masih melekat dalam fikiran saya sehingga ke hari ini. Mereka sedar dan tidak mahu memegang taraf hidup sebagai orang yang miskin, tanpa tanah dan tanpa apa-apa, dengan keluar dari hutan untuk hidup dalam ketamadunan manusia moden.
Bercucuk tanam
Dalam hutan kalau boleh jumpa ulam kampung macam Terung Pipit, memang baru terasa insaf betapa besar nikmat daripada-Nya. |
Saudara jauh saya daripada masyarakat Orang Asli sedang membantu memetik ulam Terung Pipit. Semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka. |
Pakcik jauh saya sedang memetik ulam pucuk Ubi Kayu hasil tanamannya sendiri tanpa menunjukkan sebarang sifat kedekut. |
1. Orang Asli memburu semua haiwan yang boleh didapati dari dalam hutan. Tapi saya mendapati ada satu suku kaum Orang Asli di semenanjung yang tidak memburu atau membunuh Kijang. Satu lagi pantang adalah berkenaan Harimau Belang dan haiwan sekeluarga dengannya.
2. Sebagai orang Islam, saya tidak boleh makan haiwan liar sebarangan. Tetapi malangnya dalam dua kejadian berasingan, saya telah memakan haiwan yang sebenarnya haram dimakan oleh orang Islam. Pada waktu kejadian, saya menyangkakan hukum memakannya makruh kerana daifnya ilmu pengetahuan agama saya. Selepas keluar dari hutan, saya mencari hukum memakan haiwan berkenaan dan barulah saya faham bahawa bukan babi dan anjing sahaja yang hukumnya haram dimakan dalam agama Islam.
Gambar mangsa pemburuan Orang Asli daripada spesies haiwan karnivor. Perhatikan taring runcing pada tengkorak haiwan tersebut. |
Ada Orang Asli yang suka menyimpan tanda kenang-kenangan hasil pemburuan mereka. Tengkorak tergantung ini adalah tengkorak Babi Hutan. |
Memungut Hasil Hutan
1. Saya sangat sukakan tumbuhan parasit Pokok Bunga Pakma. Tapi malangnya ada segelintir manusia yang hidup di kawasan kota batu yang menawarkan upah kepada masyarakat Orang Asli untuk menuai tumbuhan ini dari hutan. Harga bagi sekilogram Pokok Bunga Pakma yang telah dikeringkan dibeli dengan harga yang lebih mahal oleh orang tengah, berbanding Pokok Bunga Pakma yang masih basah.
2. Satu lagi aktiviti masyarakat Orang Asli adalah memungut hasil kayu gaharu dari dalam hutan. Aktiviti ini juga adalah hasil daripada permintaan dan upah daripada orang tengah.
Penawaran daripada orang tengah sedang memusnahkan satu lagi khazanah hutan Malaysia dalam bentuk Pokok Bunga Pakma. Kerajaan mungkin telah terlepas pandang dalam perkara terpencil seperti ini. |
No comments:
Post a Comment