1. Menangkap makhluk binatang lain adalah kemahiran manusia yang datang daripada pengalaman dan pengetahuan, dengan dorongan keperluan atau kehendak naluri semulajadi. Samada binatang ditangkap untuk dijadikan bahan makanan atau sebaliknya, manusia sentiasa ada caranya.
2. Di Semenanjung Malaysia, pakar dalam ilmu kemahiran asas menangkap binatang di dalam hutan dengan membuat jerat, pastinya datang daripada kaum Orang Asli.
3. Jika kita berjalan di dalam hutan dan terjumpa jerat buatan, kita sebenarnya boleh mengagak daripada kelompok mana manusia yang memasangnya. Berikut adalah di antara paparan jerat binatang buatan tangan Orang Asli.
Mekanisma jerat disiapkan dan disimpan sebelum dibawa ke dalam hutan dan dipasang di lokasi yang dikehendaki. |
Demonstrasi bagaimana jerat dipasang di dalam hutan. |
Keadaan dan rupa bentuk jerat binatang yang telah siap dipasang. |
Bubu ikan/lukah berbentuk bulat yang dijerut kedua-dua hujungnya, dibiarkan di lokasi berhampiran sungai, sebelum dipasang apabila diperlukan. |
Rupa bentuk mekanisma salah satu jenis jerat yang digunakan oleh Orang Asli. |
1. Saya telah berpeluang untuk menyaksikan bagaimana seorang pemuda Orang Asli membina sebuah rumah baru daripada awal proses sehinggalah berdirinya sebuah rumah. Teknik pertukangan yang ditunjukkannya adalah amat ringkas. Pembinaan ini tidak menggunakan pelan dan tidak menggunakan peralatan elektrikal atau elektronik.
Pelbagai Kerajinan Tangan
Sarang buatan daripada buluh untuk tempat ayam mengeram telur. |
Daun pokok dianyam dan dikeringkan sebelum digunakan sebagai atap dan sebagainya. |
Lain-lain Kemahiran Tangan
1. Ketika menyaksikan kanak-kanak Orang Asli yang sedang asyik bermain model kenderaan buatan sendiri, saya tidak ingat untuk bertanya kepada mereka, siapa yang menghasilkan permainan tersebut. Jika kanak-kanak itu sendiri yang menghasilkannya, saya sendiri menjadi saksi bahawa memang bakat kreativiti, wujud secara semulajadi dalam diri masyarakat Orang Asli sejak mereka di usia muda lagi.

Permainan buatan sendiri model motorsikal daripada kayu. |
No comments:
Post a Comment