“Islam itu tak beku, sesuai pada setiap zaman. Tetapi, para penganutnya sendiri yang membuat Islam tu jadi beku. Mudah saja, apa yang dicari orang hari ini, sudah ada dalam Islam sejak beratus tahun dulu, sama ada tentang kehidupan di langit, di bumi dan di laut. Malah kejadian budak dalam perut ibunya sudah dinyatakan dalam Al-Quran. Sayangnya orang Islam sendiri tak mau mencarinya. Kalau hidup berpegangkan ajaran agama, selamat kita dunia akhirat.”

Friday, November 25, 2011

Ular Sawa Yang Memiliki Warna Kulit Dan Corak Yang Berbeza

Ular Sawa Dengan Corak Dan Warna Kulit Yang Lebih Cerah

1. Pada tahun 2006, di dalam sebuah kawasan hutan sekunder di Negeri Perak, seekor Ular Sawa yang kelihatan agak unik dari segi warna kulit dan coraknya telah ditemui.

2. Kulit Ular Sawa tersebut berwarna lebih cerah jika dibandingkan dengan warna kulit Ular Sawa yang biasanya ditemui. Pada kali pertama melihatya, saya menyangkakan bahawa Ular Sawa tersebut adalah daripada jenis ular albino.

3. Walau bagaimanapun, akhirnya saya menyedari bahawa Ular Sawa tersebut sebenarnya adalah daripada jenis biasa. Saya membuat kesimpulan ini setelah mendapati bahawa ular tersebut tidak berwarna putih sepenuhnya, seperti warna yang biasa dilihat pada seekor ular albino. 

 
Ular Sawa dengan warna kulit kecoklatan
seperti yang lazimnya ditemui.

Ular Sawa dengan warna kulit yang lebih cerah
berbanding warna kulit Ular Sawa yang biasanya ditemui.

Ular Sawa ini adalah daripada jenis biasa
tetapi berbeza daripada segi warna kulit dan coraknya.

Warna corak dan kulit Ular Sawa ini kelihatan
sepadan dengan warna tanah di kawasan tersebut.