“Islam itu tak beku, sesuai pada setiap zaman. Tetapi, para penganutnya sendiri yang membuat Islam tu jadi beku. Mudah saja, apa yang dicari orang hari ini, sudah ada dalam Islam sejak beratus tahun dulu, sama ada tentang kehidupan di langit, di bumi dan di laut. Malah kejadian budak dalam perut ibunya sudah dinyatakan dalam Al-Quran. Sayangnya orang Islam sendiri tak mau mencarinya. Kalau hidup berpegangkan ajaran agama, selamat kita dunia akhirat.”

Friday, August 12, 2011

Mangsa Kemalangan Jalan Raya Yang Dipandang Sepi

Kematian Haiwan Liar Akibat Nahas Jalan Raya

1. Pada umumnya, haiwan liar memiliki refleks yang unggul untuk menghadapi sebarang situasi cabaran atau halangan di habitat semulajadinya.

2. Namun begitu, tahap kemampuan refleks atau kepekaan deria haiwan liar, seolah-olah gagal berfungsi dengan baik apabila haiwan liar perlu menghadapi situasi kesibukan laluan jalan raya, yang digunakan oleh pelbagai jenis kenderaan.

3. Melanggar haiwan liar yang cuba melintas atau menyeberangi sebatang jalan raya, bukanlah satu isu atau kesalahan besar pada tanggapan peradaban manusia masa kini. Mungkin hanya apabila haiwan liar sudah hampir pupus atau lenyap dari muka bumi Allah ini, barulah manusia akan meletakkan nilai yang lebih tinggi terhadap nyawa haiwan liar.

4. Berikut adalah beberapa keping gambar dalam simpanan saya, yang memaparkan kematian haiwan liar akibat dilanggar oleh kenderaan yang dipandu oleh manusia yang kurang peka, ketika memandu di atas jalan raya.