“Islam itu tak beku, sesuai pada setiap zaman. Tetapi, para penganutnya sendiri yang membuat Islam tu jadi beku. Mudah saja, apa yang dicari orang hari ini, sudah ada dalam Islam sejak beratus tahun dulu, sama ada tentang kehidupan di langit, di bumi dan di laut. Malah kejadian budak dalam perut ibunya sudah dinyatakan dalam Al-Quran. Sayangnya orang Islam sendiri tak mau mencarinya. Kalau hidup berpegangkan ajaran agama, selamat kita dunia akhirat.”

Friday, May 6, 2011

Pengalaman Menemui Gading Gajah Yang Unik Di Dalam Hutan

Gading Gajah Yang Berwarna Hitam Di Hujungnya

1. Pada tahun 2008, sewaktu berada di dalam sebuah kawasan hutan di Negeri Pahang, saya telah menemui satu gading gajah yang telah diselaputi lumpur.

2. Sewaktu menemuinya di sebuah kawasan berhampiran sebuah anak sungai, gading gajah tersebut berada dalam keadaan separuh terbenam di dalam tanah lumpur. Tengkorak dan pelbagai bahagian tulang gajah juga turut ditemui di kawasan tersebut.

3. Puas saya meneliti di sekitar kawasan tersebut untuk mencari pasangan bagi gading gajah yang telah saya temui itu, tetapi tidak berhasil menemuinya. Walau bagaimanapun, banyak bahagian tulang gajah yang saya temui dalam keadaan berselerak dalam lingkungan 100 meter radius. 

4. Tidak seperti warna yang lazim bagi gading gajah yang biasa, hujung gading gajah tersebut berwarna kehitaman atau kecoklatan, manakala bahagian pangkal gading gajah tersebut berwarna keputihan atau krim.     

5. Syukur kepada Allah S.W.T. kerana memberi peluang dan ruang kepada saya untuk menemui gading gajah yang unik ini, sewaktu berada di dalam hutan.