“Islam itu tak beku, sesuai pada setiap zaman. Tetapi, para penganutnya sendiri yang membuat Islam tu jadi beku. Mudah saja, apa yang dicari orang hari ini, sudah ada dalam Islam sejak beratus tahun dulu, sama ada tentang kehidupan di langit, di bumi dan di laut. Malah kejadian budak dalam perut ibunya sudah dinyatakan dalam Al-Quran. Sayangnya orang Islam sendiri tak mau mencarinya. Kalau hidup berpegangkan ajaran agama, selamat kita dunia akhirat.”

Friday, October 7, 2011

Pengalaman Menjejak Burung Kuang Raya Di Dalam Hutan

Kesan Jejak Tinggalan Burung Kuang Raya Di Dalam Hutan

1. Pada tahun 2008, ketika berada di dalam sebuah kawasan hutan di Negeri Pahang, saya telah menemui sebuah lokasi yang menjadi kawasan keliaran Burung Kuang Raya.

2. Pada masa kini, sebenarnya masih agak mudah untuk mengesan kehadiran Burung Kuang Raya di dalam kawasan hutan di Semenanjung Malaysia, sekaligus menunjukkan bahawa bilangan unggas ini masih agak banyak di kawasan-kawasan hutan yang tertentu.

3. Kehadiran Burung Kuang Raya di dalam sesebuah kawasan hutan, boleh ditentukan dengan cara mengesan bunyi yang dikeluarkan oleh burung tersebut, yang mana boleh didengari sehingga beberapa kilometer jauhnya, dari lokasi sebenar burung tersebut mengeluarkan bunyi.

4. Di dalam kawasan hutan keliarannya, Burung Kuang Raya akan mewujudkan beberapa buah kawasan lapang yang dikenali dengan nama 'laman kuang'. Burung ini akan mencakar-cakar tanah di dalam sesebuah kawasan 'laman kuang', sehingga lokasi tersebut menjadi lapang dan kelihatan bersih dari sebarang objek.

5. Burung Kuang Raya memiliki bulu-bulu yang menarik coraknya. Dari masa ke semasa, bulu-bulu tersebut akan tertanggal dari badannya dan jatuh ke atas tanah, yang mana akan banyak kedapatan di lokasi-lokasi hutan yang menjadi kawasan keliarannya.

6. Burung Kuang Raya akan membuat sarangnya, dengan memilih stuktur semulajadi seperti banir pokok atau tunggul kayu di atas tanah, yang terlindung daripada ancaman haiwan pemangsa. Apabila Burung Kuang Raya berada di atas permukaan tanah, untuk mengeramkan telur-telur di dalam sarangnya sehingga menetas, corak pada bulu-bulunya akan membantunya untuk menyamarkan diri dengan baik.

 
Bekas jejak kaki Burung Kuang Raya yang dijumpai
di dalam kawasan Hutan Negeri Pahang pada tahun 2008.

Telur yang dihasilkan dan dieramkan oleh
Burung Kuang Raya di dalam sarangnya di dalam hutan.

Perbandingan saiz telur yang dihasilkan
oleh Burung Kuang Raya dengan saiz pemetik api. 

Kawasan 'laman kuang' yang menjadi
lokasi Burung Kuang Raya memikat pasangannya. 

Bulu Burung Kuang Raya sering ditemui di sekitar
kawasan hutan yang menjadi lokasi keliaran burung tersebut. 

No comments:

Post a Comment