Fauna Marin Di Pantai Morib, Banting, Selangor
1. Dalam tahun 2008, saya telah melawat ke Pantai Morib di Banting, Selangor. Secara umumnya, landskap Pantai Morib agak menarik kerana pasir pantainya yang memanjang sehingga lebih 100 meter, sebelum bertemu dengan air Laut Selat Melaka.
2. Pelbagai spesies hidupan marin seperti siput, ketam dan sebagainya boleh didapati di kawasan persisiran Pantai Morib.
3. Mungkin kerana pantainya yang menganjur sehingga beberapa meter ke gigi air laut, seringkali hidupan marin yang cedera atau lemah akan tersadai di kawasan Pantai Morib, kerana tidak berupaya bergerak ke kawasan air laut yang lebih dalam.
4. Hidupan marin yang kecil seperti udang juga didapati terperangkap di dalam lopak-lopak air laut yang bertakung di kawasan persisiran Pantai Morib, mungkin kerana tidak sempat bergerak ke kawasan laut yang lebih dalam, ketika berlakunya proses pertukaran pasang dan surut air laut.
|
Ketam yang cedera tidak dapat bergerak ke kawasan air laut
yang lebih dalam dan deras arusnya. |
|
Udang-udang yang terperangkap di dalam lopak air laut
di kawasan pantai. |
|
Ikan yang cedera ini tidak dapat berenang dengan baik
dan dihanyutkan arus air laut ke kawasan pantai. |
|
Ikan yang ditemui di kawasan persisiran
Pantai Morib, Banting, Selangor. |
|
Bangkai Ikan Sembilang yang mati ditemui terdampar
di kawasan persisiran pantai. |
|
Pantai yang menganjur beberapa meter
sebelum bercantum dengan air laut. |
No comments:
Post a Comment