“Islam itu tak beku, sesuai pada setiap zaman. Tetapi, para penganutnya sendiri yang membuat Islam tu jadi beku. Mudah saja, apa yang dicari orang hari ini, sudah ada dalam Islam sejak beratus tahun dulu, sama ada tentang kehidupan di langit, di bumi dan di laut. Malah kejadian budak dalam perut ibunya sudah dinyatakan dalam Al-Quran. Sayangnya orang Islam sendiri tak mau mencarinya. Kalau hidup berpegangkan ajaran agama, selamat kita dunia akhirat.”

Friday, July 8, 2011

Pengalaman Menemui Katak Tanduk Di Dalam Hutan

Kehadiran Katak Tanduk Sebagai Penanda Hujan Di Dalam Hutan

1. Ketika berada di dalam kawasan Hutan Simpan Temenggor, Perak dalam tahun 2007, saya telah menemui seekor Katak Tanduk yang masih kecil dan muda usianya. Katak Tanduk tersebut saya temui ketika berada di atas kawasan sebuah permatang.

2. Lebih kurang 20 minit selepas saya menemui Katak Tanduk tersebut, hujan turun dengan lebatnya di dalam kawasan hutan berkenaan.

3. Kejadian pada hari tersebut tersimpan dalam memori saya sehinggalah pada suatu hari kemudiannya, kejadian yang lebih kurang sama berlaku lagi di dalam hutan.

4. Saya telah membuat andaian bahawa boleh jadi spesies haiwan tertentu di dalam hutan, memiliki deria unik yang mampu mengesan perubahan cuaca dan suhu. Dalam konteks ini, mungkin spesies Katak Tanduk memiliki kemampuan deria rasa, untuk menyedari bahawa hujan sudah begitu hampir turun di sesebuah kawasan hutan, pada satu-satu masa.







No comments:

Post a Comment