“Islam itu tak beku, sesuai pada setiap zaman. Tetapi, para penganutnya sendiri yang membuat Islam tu jadi beku. Mudah saja, apa yang dicari orang hari ini, sudah ada dalam Islam sejak beratus tahun dulu, sama ada tentang kehidupan di langit, di bumi dan di laut. Malah kejadian budak dalam perut ibunya sudah dinyatakan dalam Al-Quran. Sayangnya orang Islam sendiri tak mau mencarinya. Kalau hidup berpegangkan ajaran agama, selamat kita dunia akhirat.”

Friday, June 10, 2011

Tradisi Dalam Aktiviti Penanaman Padi Moden

Musim Membakar Jerami Padi

1. Di Semenanjung Malaysia, amalan membakar jerami dan sekam padi, telah  lama dipraktikkkan oleh para pesawah, lama sebelum penggunaan mesin dan jentera moden diperkenalkan dalam aktiviti penanaman padi di negara ini.

2. Dalam tahun 2008, ketika berada di kawasan Sekinchan, Selangor saya telah berkesempatan menyaksikan bagaimana seorang penanam padi telah membakar sisa jerami padi di petak sawah miliknya.

3. Pesawah tersebut telah menyalakan api pada hujung salah satu getah tiub motorsikal atau basikal, dan menarik satu lagi hujung getah tiub itu, di sepanjang jajaran jerami padi di petak sawah padi miliknya. Sewaktu pembakaran sisa jerami tersebut dilakukan, angin bertiup dengan agak galak dan keadaan tanah pula adalah kering, kerana sudah beberapa hari hujan tidak turun di kawasan tersebut. 

4. Kaedah moden penuaian padi dengan menggunakan jentera penuai, meyebabkan jajaran sisa jerami padi terkumpul, di atas tunggul pokok padi yang mati selepas dituai. Selepas selesai proses penuaian, suatu jajaran jerami padi dalam formasi yang memanjang akan terbentuk di petak sawah, mengikut bekas laluan jentera penuai padi. Keadaan ini memudahkan proses membakar jerami padi dilakukan.

5. Membakar sisa jerami padi akan mempercepatkan proses pembersihan petak sawah untuk proses menanam semula padi. Petak sawah yang dibersihkan dengan segera, akan mengurangkan risiko pembiakan makhluk-makhluk perosak tanaman padi seperti tikus dan sebagainya. Di samping itu, sisa pembakaran jerami padi dipercayai dapat membantu meningkatkan kesuburan tanah di petak sawah.  








No comments:

Post a Comment