1. Kumpulan lanun hutan ini akan berada di dalam sesebuah kawasan hutan dalam satu tempoh yang boleh memakan masa sehingga berbulan-bulan. Dalam tempoh itu, suatu perkhemahan akan dibina sebagai tapak untuk mereka melancarkan kegiatan memungut hasil hutan milik negara Malaysia secara haram.
2. Kawasan perkhemahan yang dipilih biasanya terletak berhampiran punca air seperti aliran sungai atau anak sungai. Walau bagaimanapun, bekas tapak perkhemahan kumpulan ini pernah ditemui di kawasan puncak bukit atau gunung, dengan lopak atau kolam semulajadi menjadi punca sumber keperluan air mereka.
3. Jumlah anggota kumpulan dan anggaran tempoh masa menjalankan kegiatan, akan menjadi faktor penentu seluas mana kawasan tapak perkhemahan haram mereka. Jika terdapat enam orang dalam kumpulan lanun hutan terbabit, maka sekurang-kurangnya akan terdapat enam buah tapak khemah persendirian yang berasingan, sebagai tempat tidur dan menyimpan barang masing-masing.
4. Pelbagai struktur binaan akan dibina oleh anggota kumpulan haram tersebut mengikut keperluan mereka. Di antara struktur yang pernah ditemui di kawasan tapak bekas perkhemahan mereka, adalah seperti tempat menyalai ikan atau daging, tempat menyangkut pakaian dan sebagainya mengikut tahap kreativiti yang ada pada anggota-anggota kumpulan lanun hutan terbabit.
5. Kumpulan ini umumnya menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti kayu, buluh dan rotan sebagai sumber utama mereka untuk membina perkhemahan. Cara pembinaan perkhemahan oleh kumpulan lanun hutan ini adalah di antara aspek yang boleh dijadikan penanda, dalam mengesan dan membanteras aktiviti haram mereka di dalam hutan belantara kita.
Bekas Tapak Perkhemahan Lanun Hutan Di Lokasi Hutan Malaysia 1 |
Bekas Tapak Perkhemahan Lanun Hutan Di Lokasi Hutan Malaysia 2 |
Bekas Tapak Perkhemahan Lanun Hutan Di Lokasi Hutan Malaysia 3 |
Bekas Tapak Perkhemahan Lanun Hutan Di Lokasi Hutan Malaysia 4 |
No comments:
Post a Comment