“Islam itu tak beku, sesuai pada setiap zaman. Tetapi, para penganutnya sendiri yang membuat Islam tu jadi beku. Mudah saja, apa yang dicari orang hari ini, sudah ada dalam Islam sejak beratus tahun dulu, sama ada tentang kehidupan di langit, di bumi dan di laut. Malah kejadian budak dalam perut ibunya sudah dinyatakan dalam Al-Quran. Sayangnya orang Islam sendiri tak mau mencarinya. Kalau hidup berpegangkan ajaran agama, selamat kita dunia akhirat.”

Friday, April 22, 2011

Ancaman Kepupusan Kayu Gaharu Di Dalam Belantara Malaysia

Penebangan Haram Kayu Gaharu Di Dalam Hutan Malaysia

1. Hutan belantara di Malaysia umumnya sangat kaya dengan dirian Pokok Gaharu, yang tumbuh meliar di serata negeri di Semenanjung Malaysia.

2. Pokok Gaharu boleh menghasilkan sejenis resin yang umumnya disebut sebagai gaharu yang bernilai tinggi di pasaran antarabangsa. Harga pasaran semasa bagi satu kilogram gaharu mencapai ribuan Ringgit Malaysia.

3. Lantaran nilai gaharu yang tinggi di pasaran antarabangsa, kumpulan warganegara asing sanggup menceroboh hutan belantara di Malaysia, untuk menebang dan mencuri khazanah semulajadi ini secara haram. Kumpulan lanun hutan ini adalah golongan yang pakar dalam soal mengekstrak kayu gaharu.

4. Kumpulan warganegara asing ini juga mendapat pengalaman yang luas dalam soal mengekstrak kayu gaharu, hasil daripada aktiviti mereka ketika berada di dalam hutan di negara mereka sendiri. 

5. Jumlah kuantiti gaharu yang boleh diperolehi daripada sebatang Pokok Gaharu adalah tidak menentu dan tidak dapat dijangkakan. Bagi mendapatkan sekurang-kurangnya satu kilogram gaharu, biasanya lebih daripada sebatang Pokok Gaharu yang perlu ditebang dan diekstrak di dalam hutan oleh kumpulan warganegara asing ini.

6. Sehingga waktu ini, tidak terbayang berapa banyak Pokok Gaharu di dalam hutan belantara Malaysia yang telah ditebang oleh kumpulan lanun hutan ini secara haram. Saya percaya dalam beberapa tahun lagi menjelang tahun 2020, akan menjadi sangat sukar untuk kita menemui Pokok Gaharu asli atau liar, yang tumbuh secara semulajadi di dalam hutan belantara Malaysia.


Pokok Gaharu liar ditumbangkan di dalam hutan
menggunakan peralatan tertentu.

Kesan tetakan pada pangkal batang Pokok Kayu Gaharu yang
bertujuan untuk merangsang pembentukan resin gaharu.
 
 Kesan takikan pada batang pokok Kayu Gaharu. 

Batang Pokok Kayu Gaharu ditinggalkan selama beberapa
bulan di dalam hutan sebelum kerja mengekstrak gaharu
dijalankan semula.

Masyarakat Orang Asli menggunakan kulit Pokok Gaharu sebagai
material dalam pembuatan pakaian dan pembinaan rumah.

No comments:

Post a Comment