1. Pada tahun 2008, saya telah menemui satu longgokan sisa bulu tupai di atas tanah, ketika berada di dalam sebuah kawasan hutan di dalam Negeri Pahang. Sisa bulu tupai yang saya temui itu berwarna hitam, putih dan oren.
2. Longgokan bulu tupai itu saya temui dalam keadaan bertaburan, berhampiran sebatang pokok balak yang tingginya lebih kurang 10 meter dari aras tanah. Saya percaya bahawa bulu-bulu tersebut berasal daripada satu spesies tupai hutan, yang telah dimakan oleh sejenis haiwan pemangsa.
3. Haiwan pemangsa seperti spesies ular biasanya akan menelan keseluruhan tubuh haiwan yang menjadi mangsanya. Spesies kucing juga biasanya memakan daging haiwan yang menjadi mangsanya, bersama-sama kulit dan bulu.
4. Saya percaya bahawa kewujudan longgokan sisa bulu tupai tersebut adalah berpunca daripada tindakan haiwan pemangsa daripada jenis burung karnivor, yang menyiat daging dan mengasingkan bulu daripada tubuh tupai berkenaan. Kemungkinan besar bahawa tupai tersebut telah menjadi mangsa kepada spesies burung helang.
No comments:
Post a Comment