Sampah Sarap Tinggalan Lanun Hutan Mencemari Belantara Di Malaysia
1. Aktiviti menjarah khazanah semulajadi di Malaysia oleh kumpulan lanun hutan, biasanya didalangi oleh warga tempatan yang bertindak sebagai ejen atau orang tengah. Warga tempatan ini akan menguruskan aspek pengangkutan untuk keluar atau masuk ke dalam lokasi hutan tertentu di Malaysia.
2. Di samping itu juga, orang tengah ini bertindak membekalkan barang-barang keperluan seperti makanan kering dan sebagainya kepada kumpulan lanun hutan yang berada di dalam belantara di Malaysia.

3. Walau bagaimanapun, kumpulan lanun hutan didapati sering menggunakan bekalan barang-barang keperluan yang dibeli dari negara asal mereka sendiri, untuk menampung keperluan aktiviti mereka di dalam hutan belantara di Malaysia.
4. Kemungkinan besar anggota-anggota kumpulan lanun hutan ini boleh mendapatkan barang keperluan tertentu dengan harga yang lebih murah di negara asal mereka, berbanding dengan membelinya di Malaysia.
5. Apabila barang keperluan tersebut telah habis digunakan di dalam hutan, barulah anggota kumpulan lanun hutan ini menghubungi orang tengah mereka untuk membekalkan barang keperluan tersebut yang diperolehi dari kedai atau pasar tempatan.
6. Penemuan bekas barang-barang dengan tulisan atau jenama asing, yang ditinggalkan di dalam sesebuah kawasan hutan, menjadi salah satu ciri bagi pola aktiviti kumpulan lanun hutan di dalam sesebuah kawasan hutan di Malaysia.
7. Berikut adalah gambar sampah sarap tinggalan aktiviti kumpulan lanun hutan di dalam belantara Malaysia yang diambil pada sekitar tahun 2006-2008.